Lady Yan: TEARS

TEARS

                                 

Hye dears:)
Tajuk hari ini adalah TEARS atau pun dlm Bahasa Melayu disebut air mata.




KATA ORANG :


  • Kalau mata belah kanan kenyit-kenyit,tandanya nak happy atau bakal jumpa dgn orang yg dah lama kita x jumpa.
  • Kalau mata belah kiri kenyit-kenyit pulak,tandanya jap lg nk nangis x pon akan hilang orang tersayang.

*TAPI : Jgn dok percaya sangat,nanti boleh jatuh khurafat.

Kita kalau happy sangat pon kadang-kadang ley nangis,
Contoh:Tengok MHL (Maharaja Lawak) sebab kelakar sangat pon kadang-kadang boleh nangis.


Dalam dok menangis nie kan,ada banyak kelebihan air mata:


1. Membantu penglihatan
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. 
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

"MENANGIS BUKANNYA BERERTI YANG KITA LEMAH,TETAPI BERAPA LAMA KITA TELAH CUBA UNTUK BERTAHAN SELAMA INI "
BYE-BYE . .:)

3 comments:

Shakira Pathi said...

nice sharing :)

nadia said...

Kadang2 nangis tu perlu untuk melegakan diri.

Tapi jgnlah 24 jam menangis tak henti2, tu namanya cr masalah.. hehe

Azyan Nabihah said...

Shakira:tq dear
Nadia:betul2.:)