Lady Yan: LASAGNA

LASAGNA

                          


Hye HYe HYE..

Maaf dah 2 hari x update.busy ckit.haha.busy buat apa pon xtw..:)
Ok,ariny yan nak update resepi LASAGNA yg yan buat untuk dinner yan tadi.TOTALLY HOME MADE.sbb yan cari juga instant lasagna but xde jual kt Giant tmpat yan.

Serius sedap.x percaya,cubalah..:)

 INSTANT LASAGNA

CARA-CARA:

  • Rebus kulit lasagna dengan sedikt minyak untuk 3-4 minit dan tapiskan.


BAHAN KULIT LASAGNA *Jika instant lasagna tiada

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Telur 2 biji
  • Garam
  • 3 sudu besar minyak
  • Air


CARA-CARA
:

  1. Campurkan kesemua bahan.Sekiranya masih melekit ditangan ketika diuli,tambah tepung sedikit demi sedikit.
  2. Tutup dan biarkan adunan selama 45 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  4. Dengan menggunakan penggelek,gelekkan adunan sehingga nipis.
Ha,ny dia penggelek ye kawan-kawan:)


      5.Dengan menggunakan pisau,potong adunan tadi kepada bentuk empat segi.






       6.Rebus adunan tadi+sedikit minyak untuk 3-4 minit dan tapiskan.


BAHAN LAIN:
  • Untuk topping:mozarella cheese dan parmesan cheese. *Tapi,yan nk jimat,yan guna cheese dale jek then gunting halus2 kemudian tabur.Murah saja.1 paket ada 12 keping.Jimat. :)



BAHAN UNTUK INTI DAGING:

  • 1 biji bawang besar *dicincang
  • 7 ulas bawang putih  *dicincang
  • 1 tin cendawan butang dicincang  *Yan x guna pon
  • 400g daging cincang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato diblend
  • Sedikit garam
  • Air
  • Serbuk oregano
  • Serbuk black pepper

CARA-CARA:
  1. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk oregano dan balck pepper.
  3. Masukkan daging cincang.Biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan tomato,sos tomato dan sos cili.
  5. Masukkan air sedikit dan garam.
  6. Gaul sebati.Biarkan sehingga kering sedikit.

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH: *Guna api yang sangat kecil

  • 2 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Keju cheddar setengah
  • Fresh milk 500 mL
  • Garam

CARA-CARA:

  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan susu.
  3. Bila susu dah panas,masukkan pula tepung.Kacau rata supaya tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan keju cheddar dan garam.

CARA MENYUSUN:
  1. Boleh guna loyan @ bekas tahan panas,pada lapisan bawah,letak inti daging ya kawan-kawan.
  2. Kemudian,letak kulit lasagna.
  3. Selepas itu,inti daging lagi.
  4. Tabur dengan cheese pula.
  5. Ulang semula dengan kulit lasagna,inti daging dan tabur cheese sampai habis.
  6. Bakar pada suhu 180 degree,selama 30-40 minit pada api atas-bawah.DONE !




3 comments:

nadia farhana said...

sedapnyee

iyka syafika said...

sedap nye nampak.takut pulak nk try takut xjd..singgah n follow sini

Azyan Nabihah said...

iyka:try lh.in shaa allah jd.done dear:)
nadia:)