Lady Yan: Nasi Briyani Kambing

Nasi Briyani Kambing

                                 

Omnomnom..nyum nyum..tengok tajuk : Nasi Briyani Kambing .

Yan masak tengahari tadi.:)


Bahan-bahan untuk nasi :

  • 3 cawan beras 
  • 1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sb serbuk ketumbar *dikisar halus
  • 1 sb serbuk jintan manis *dikisar halus
  • 1 sb serbuk jintan putih *dikisar halus
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 bawang besar – potong dadu
  • 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt * x guna sbb xde
  •  ½ cawan susu cair
  • Saffron & pewarna kuning


Hiasan :
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Badam & kismis, jika suka


*Tips Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing : Perap daging kambing dengan tepung gandum selama 20 minit,kemudian perap pula dengan air limau nipis selama 30 minit.


Cara-cara :
  1. Cuci beras dan toskan. *yan guna beras biasa shj,bkn beras basmathi.
  2. Kemudian masukkan air,seperti sukatan biasa.
  3. Panaskan kuali.Goreng bunga lawang,kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  4. Masukkan kesemua bahan tumis dan bahan-bahan lain ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  5. Hiaskan mengikut kreativiti anda. * yan x hias nasi sbb x cukup barang


Bahan-bahan daging briyani:
  • setengah kg daging kambing (potong kiub) 
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  •  bwg merah+halia+bwg putih yg di blend 
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee 
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi 
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan bawang2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  4. Masukkan daging dan gaulkan.
  5. Masukkan tomato dan cili hijau. *cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam dan gula.Kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  9. Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. Kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..Last skali, masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati.


Done.GUD LUCK !
bye bye :)

4 comments:

muhammad rifaah said...

sini ade matam (restoran) boleh la cube, nanti korang dtg buat umrah boleh la rasa, saya di kota makkah

Azyan Nabihah said...

awk mutawif disana ke?

Shakira Pathi said...

sodapnyee :D

Azyan Nabihah said...

ley lah try t beb:)