Lady Yan: February 2013

Result !

                                  


Saat yang ditunggu-tunggu..Jantung berdebar-debar terasa mcm ambil SPM semula.Akhirnya,tepat jam 12 mlm,15 Februari 2013,dengan rasminya keputusan peperiksaan student UPM dan UiTM dah boleh disemak.
Alhamdulillah.4 rata uw tidak lah,tapi in shaa allah pada sem akan datang.Tidak lah gempak result yan macam kalian,tapi tahniah AZYAN NABIHAH AZMI awk dah usaha yg terbaik.Tiada C dan 3.0 ke atas.



 "Allah memberi berdasarkan apa yg kita usaha kan ".


Tidak kira kita ni lemah,lambat faham ke apa,tapi kalau kita usaha,in shaa allah hasilnya lumayan.





Nikmat yang sedikit apabila kita bersyukur,Allah akan gandakan ia.Percayalah.Wallahualam.
Wassalam.Bye bye.

Valentine's Day

                                   





Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Sejarah Hari Kekasih :
Perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Hukum menyambut Hari Kekasih:
Para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

*Saya tidak lah pandai bab hukum agama ni.sekadar berkongsi apa yang tau.
"Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari diri saya sendiri."

Bye bye.Wassalam.


Nasi Briyani Kambing

                                 

Omnomnom..nyum nyum..tengok tajuk : Nasi Briyani Kambing .

Yan masak tengahari tadi.:)


Bahan-bahan untuk nasi :

  • 3 cawan beras 
  • 1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sb serbuk ketumbar *dikisar halus
  • 1 sb serbuk jintan manis *dikisar halus
  • 1 sb serbuk jintan putih *dikisar halus
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 bawang besar – potong dadu
  • 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt * x guna sbb xde
  •  ½ cawan susu cair
  • Saffron & pewarna kuning


Hiasan :
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Badam & kismis, jika suka


*Tips Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing : Perap daging kambing dengan tepung gandum selama 20 minit,kemudian perap pula dengan air limau nipis selama 30 minit.


Cara-cara :
  1. Cuci beras dan toskan. *yan guna beras biasa shj,bkn beras basmathi.
  2. Kemudian masukkan air,seperti sukatan biasa.
  3. Panaskan kuali.Goreng bunga lawang,kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  4. Masukkan kesemua bahan tumis dan bahan-bahan lain ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  5. Hiaskan mengikut kreativiti anda. * yan x hias nasi sbb x cukup barang


Bahan-bahan daging briyani:
  • setengah kg daging kambing (potong kiub) 
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  •  bwg merah+halia+bwg putih yg di blend 
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee 
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi 
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan bawang2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  4. Masukkan daging dan gaulkan.
  5. Masukkan tomato dan cili hijau. *cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam dan gula.Kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  9. Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. Kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..Last skali, masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati.


Done.GUD LUCK !
bye bye :)

Dugaan

                              

Hye hye hye.
Tengok tajuk,hm hm,DUGAAN.biasalah setiap orang pasti x terlepas dr mendapat ujian dan dugaan. Tak kira kaya atau miskin , muda atau tua ,cantik atau hodoh ,semua ada bahagian masing-masing.
Jangan bersedih bila Allah mendatangkan ujian kepada kita.Tapi,bersyukurlah kerana itu tandanya Allah masih ingat dan sayang kepada kita. Allah beri ujian kerana kita kuat untuk menghadapinya,juga bagi mendekatkan diri kita yg semakin jauh dariNya.



Nikmatilah kehidupan sepuas-puasnya selagi tidak melanggar hukum syarak.


*Ingat,jika kita merasa kita susah,ada lagi yg lebih susah dr kita.


Tamat.
Bye bye.

Surah Al-Fatihah

                                   

Bismillahirrahmanirrahim. .





Firman Allah SWT yang bermaksud ;
  • Aku telah membahagikan solat (Al Fatihah) kepada dua bahagian. Separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi adalah untuk hamba-Ku. Apa saja yang di pohonkan kepada-Ku apabila hama-Ku berkata : 'ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMUJIKU'
  • Apabila hamba-Ku berkata : 'ARROHMAA NIRROHIM'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMBERI SANJUNGAN KEPADA-KU'
  • Dan apabila hamba-Ku berkata : 'MAALIKIAU MIDDIN'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MENGAGUNG-AGUNGKAN-KU'
  • Dan apabila hamba-Ku berkata : 'IYYAKANAK BUDU WAIYYA KANASTAIN'
  • Allah SWT menjawan : 'INI DI ANTARA HAMBA-KU DENGAN AKU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU'
  • Apabila hamba-Ku berkata : IHDINASSIRATAL MUSTAKIM. SIRATALLAZI NAANAMTA ALAIHIM GHAIRILMAGHDHUBI ALAIHIM WALAAD DALLIN... AMIN'
  • Allah SWT menjawab : INI UNTUK HAMBA-KU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU' 
'SADAKALLAHULAZIM'

Sekadar perkongsian .:)

Beberapa fadhilat besar Surah Al-Fatihah:

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
1-”Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
2-”Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
3-”Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
4-Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.


*Jom baiki dahulu bacaan Al-Fatihah kita kerana ia merupakan salah satu rukun solat.Jika salah bacaannya , maka batallah solat kita .Sedangkan perkara pertama yg akan dihisab nanti di padang mahsyar adalah SOLAT. 



Maaf jika ada salah-silap.Wassalam.Bye bye.

CNY

                                   


Hye hye..

Gong Xi Fa Cai atau pon dlm BM bermaksud tahniah kerana anda sudah menjadi kaya-raya. :)

Pakar Feng Shui ada meramalkan  'Warna Bertuah' untuk Tahun Ular dalam Kalendar masyarakat Cina iaitu warna biru, hijau dan unguBiru dikatakan warna yang paling baik, kerana ia merupakan elemen "air", manakala merah dan kuning, yang masing-masing mewakili api dan bumi dikatakan pilihan kurang memberangsangkan. Sebab itu,kalau korang perasan dekat shoping mall banyak pakaian warna biru,hijau emerald jadi trend pilihan remaja sekarang.

warna biru sejuk mata memandang


warna hijau emerald yang unik.lain dr yg lain.:)


warna ungu lembut bagi mereka yang suka akan colour pastel.


Sempena sambutan Chinese New Year,apa kata,korang ambil kesempatan beli oren sunkist yang jual kt kedai uw.
Nie fakta kelebihan makan buah oren @ limau :



  • Jika diambil 2 atau 4 biji oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.
  • *Tapi ingat jangan makan banyak sangat nanti boleh menyebabkan batuk kerana asid pada limau boleh menyebabkan tekak  mempunyai banyak lendir.


Sambutan CNY:

Tarian Naga


Pemberian Ang Pau kepada mereka yg belum berkahwin lagi.

Tradisi makan yee sang

Limau mandarin


Kuih bakul


Bunga api


Itu sahaja .Tambah ilmu,rapatkan ukhuwah.
Bye bye.

Setia Hujung Nyawa

                             
Dari novel




Ke drama




Dan telah tamat episod suka duka. Akhirnya, Zain dan El hidup happy ever after.

Pengajaran dari cerita nie,yg kita boleh ambil ialah:


  • '' Mencintai bukan bermakna memiliki, tapi juga merelakan orang yg dicintai bahagia walaupun bukan dengan dirinya :') "

  • "Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.Oleh itu, kalau nak jodoh yang baik, perbaikilah diri supaya menjadi yang terbaik. "




The end.Bye-bye.



Drama Melayu

                               

Hye semua. .
Meh nak habaq sikit.kowang tengok x cerita Azalea : Debunga Lalang yang kt tv3 petang-petang kol 4.30 uw?Dah tamat pun cerita ini secara rasminya pada petang tadi.



Debunga Lalang




Nie ending cerita Debunga Lalang :

Khatijah lakonan Wan Sharmila dijatuhkan talak 3 oleh Bakhri sebab kantoi yang Khatijah ny langgar Suria.
Selepas saja Khatijah bagitahu Wan Odah tentang dia dijatuhkan talak oleh suaminya,Wan Odah pon kena stroke dan semakin nazak,lalu dibawa pulang ke rumah.Aishah lakonan Norkhiriah masih berpegang pada janji ibunya,Wan Odah supaya tidak menjejakkan kaki lagi ke rumahya sampai bila-bila,dan dia berkeras hati untuk tidak datang menjenguk ibunya walaupun telah dipujuk banyak kali oleh Khatijah dan juga suaminya.Tetapi setelah dipujuk oleh anaknya iaitu Alia,Arina dan Ayang,akhirnya dia pun memaafkan ibunya,Wan Odah dan akhirnya Wan Odah selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir.Tapi,tiada pula cerita tentang apa yang terjadi pada Bakhri dan Suria.

Cerita ini akan digantikan dengan cerita Kerana Sarah yang akan mula ditayangkan pada hari esok pukul 4.30 petang.



                                                                            Ruby




Shuhara lakonan Siti Saleha membawa balik Nek Mariam (Kartina Aziz) dari rumah kebajikan. Benjamin lakonan Sharnaaz Ahmad terharu dgn usaha Shuhara itu dan berjanji akan menjaga nenek dgn baik.
Kawan baik Ben, Daniel berjaya menjejaskan hubungan ibu dan anak antara Datin Afifah lakonan Maria Farida dan Nadia (Hanez Suraya). Namun Daniel dibunuh Nadia setelah rancangan Daniel dan Ben untuk merampas kembali syarikat keluarga Ben diketahui Nadia.
Shuhara dan Nek Mariam di rumah didatangi Nadia dan Datin Afifah yg ingin membunuh mereka.
Nadia tertikam ibunya sendiri. Shuhara turut ditikam Nadia tapi berjaya diselamatkan Ben.
Pastu dorang hidup happy ever after la kan..hehe.



Dan cerita ini digantikan pula dengan cerita Surat dari Langit Biru . Not bad jugak cerita ny tadi yan tengok.Best. Lakonan Johan Asari,Liyana Samsudin,Fizo Omar dan ramai lagi.



*Take Note kepada peminat cerita SETIA HUJUNG NYAWA.Esok tamat dah cerita nie. :)






Itu sahaja.Penat dah menaip.
BYE BYE. .

TEARS

                                 

Hye dears:)
Tajuk hari ini adalah TEARS atau pun dlm Bahasa Melayu disebut air mata.




KATA ORANG :


  • Kalau mata belah kanan kenyit-kenyit,tandanya nak happy atau bakal jumpa dgn orang yg dah lama kita x jumpa.
  • Kalau mata belah kiri kenyit-kenyit pulak,tandanya jap lg nk nangis x pon akan hilang orang tersayang.

*TAPI : Jgn dok percaya sangat,nanti boleh jatuh khurafat.

Kita kalau happy sangat pon kadang-kadang ley nangis,
Contoh:Tengok MHL (Maharaja Lawak) sebab kelakar sangat pon kadang-kadang boleh nangis.


Dalam dok menangis nie kan,ada banyak kelebihan air mata:


1. Membantu penglihatan
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. 
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

"MENANGIS BUKANNYA BERERTI YANG KITA LEMAH,TETAPI BERAPA LAMA KITA TELAH CUBA UNTUK BERTAHAN SELAMA INI "
BYE-BYE . .:)

LASAGNA

                          


Hye HYe HYE..

Maaf dah 2 hari x update.busy ckit.haha.busy buat apa pon xtw..:)
Ok,ariny yan nak update resepi LASAGNA yg yan buat untuk dinner yan tadi.TOTALLY HOME MADE.sbb yan cari juga instant lasagna but xde jual kt Giant tmpat yan.

Serius sedap.x percaya,cubalah..:)

 INSTANT LASAGNA

CARA-CARA:

  • Rebus kulit lasagna dengan sedikt minyak untuk 3-4 minit dan tapiskan.


BAHAN KULIT LASAGNA *Jika instant lasagna tiada

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Telur 2 biji
  • Garam
  • 3 sudu besar minyak
  • Air


CARA-CARA
:

  1. Campurkan kesemua bahan.Sekiranya masih melekit ditangan ketika diuli,tambah tepung sedikit demi sedikit.
  2. Tutup dan biarkan adunan selama 45 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  4. Dengan menggunakan penggelek,gelekkan adunan sehingga nipis.
Ha,ny dia penggelek ye kawan-kawan:)


      5.Dengan menggunakan pisau,potong adunan tadi kepada bentuk empat segi.






       6.Rebus adunan tadi+sedikit minyak untuk 3-4 minit dan tapiskan.


BAHAN LAIN:
  • Untuk topping:mozarella cheese dan parmesan cheese. *Tapi,yan nk jimat,yan guna cheese dale jek then gunting halus2 kemudian tabur.Murah saja.1 paket ada 12 keping.Jimat. :)



BAHAN UNTUK INTI DAGING:

  • 1 biji bawang besar *dicincang
  • 7 ulas bawang putih  *dicincang
  • 1 tin cendawan butang dicincang  *Yan x guna pon
  • 400g daging cincang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato diblend
  • Sedikit garam
  • Air
  • Serbuk oregano
  • Serbuk black pepper

CARA-CARA:
  1. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk oregano dan balck pepper.
  3. Masukkan daging cincang.Biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan tomato,sos tomato dan sos cili.
  5. Masukkan air sedikit dan garam.
  6. Gaul sebati.Biarkan sehingga kering sedikit.

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH: *Guna api yang sangat kecil

  • 2 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Keju cheddar setengah
  • Fresh milk 500 mL
  • Garam

CARA-CARA:

  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan susu.
  3. Bila susu dah panas,masukkan pula tepung.Kacau rata supaya tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan keju cheddar dan garam.

CARA MENYUSUN:
  1. Boleh guna loyan @ bekas tahan panas,pada lapisan bawah,letak inti daging ya kawan-kawan.
  2. Kemudian,letak kulit lasagna.
  3. Selepas itu,inti daging lagi.
  4. Tabur dengan cheese pula.
  5. Ulang semula dengan kulit lasagna,inti daging dan tabur cheese sampai habis.
  6. Bakar pada suhu 180 degree,selama 30-40 minit pada api atas-bawah.DONE !




HURT





HURT

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes

There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you 
But I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything 
I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside 
But I won't admit
Sometimes I just want to hide
'Cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye 
When it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything 
I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, 
I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything 
I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you

Peplum

                             


Hye.Hye.Hye.


WOW,,peplum.. Hm,sekarang memang pergi mana-mana,berlambak dh jual peplum ny. Kt Times Square (TS), Jalan Tar,The Mines,and kt mana-mana dh ada.Nk beli online pon boleh. Huh,rambang mata dibuatnya. Tp,apakan daya,yan hanya mampu cuci mata.Kena kurus dulu,ada shape bru ley pakai.Wish me luck..:)

Hari isnin yg lepas,yan adalah tengok  WHI (Wanita Hari Ini),ada topik ttg peplum ny.and designer uw cakap yg  ''PEPLUM ny memanglah trend tapi x semua cantik memakainya'' . No komen on that sbb bg yan,setiap orang ada daya penarik tersediri. Semua orang cantik.:)


*JOM CUCI MATA *



Boleh tambah belt sbgai accessory :)


Sesuai dipakai pergi wedding



Untuk dinner pon cantik


Warna hitam untuk nmpak lagi kurus:)


Merah untuk berani


Buat baju nikah pon cantik:)
Itu shj. BYE BYE ^^