Lady Yan: Second Day of Puasa

Second Day of Puasa

                                             

Untuk second day puasa pulak,saya wt Makaroni Bakar.Senang jek bahan-bahannya. Kowang pon boleh cuba kt uma k:)




Bahan-bahan: 
  • 300 g makaroni *direbus
  • 200 g daging cincang
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 3 sudu besar oregano
  • 3 sudu besar black pepper
  • lobak merah *Potong dadu
  • daun ketumbar'
  • minyak
  • garam
  • 200 mL susu cair
  • 1 cawan air
  • 2 biji bawang besar *dihiris
  • Cheese * x kesah jenis apa.tp kalau nk senang pakai yg shredded punya.MOZARELLA ke or etc. .
  • 4 biji telur *dipukul sehingga kembang +2 sudu kecil tepung gandum+1 sudu kecil garam+ 1 sudu kecil gula
  • Aluminium  foil
  • Daun sup
  • sebiji lada hijau
  • sebiji lada merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.Tumiskan bawang besar,rempah kari,serbuk oregano,dan black pepper hingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan garam pula.Kacau hingga masak k.
  3. Setelah itu,masukkan lobak merah.Masak sehingga lembut dan tutup api.
  4. Untuk makaroni,rebus sekejap sahaja dlm 5 minit.jgn kembang sangat k..Tengok mcm gambar di atas.*Setelah rebus,cpat-capat tos kan.takut makaroni terlalu kembang dan gaulkan makaroni bersama sedikit minyak hingga sebati.( ny bukan atas api k)
  5. Setelah itu,gaulkan makaroni dengan bahan-bahan (Step 3).
  6. Kemudian,panaskan oven pada suhu 180 C selama 10 minit.
  7. Masukkan makaroni yg telah siap digaul tadi kedalam loyang yg telah diletakkan aluminium foil.
  8. Tuangkan susu cair,telur +2 sudu kecil tepung gandum+1 sudu kecil garam+ 1 sudu kecil gula di atas permukaan makaroni.Bakar lebih kurang 10 minit pada suhu yg sama.
  9. Kemudian,keluarkan makaroni.Letakkan cheese.Kemudian,taburkan daun sup,lada hijau dan lada merah.* Nak lawa,pakai cili capsicum k:) Untuk cheese,kalau nk pakai sekeping punya bukan yg shredded,jgn letak dekat2 antara satu sama lain atas permukaan makaroni uw,kena bg  ruang ckit kepada cheese tersebut untuk cair k.
  10. Bakar lagi pada suhu yang sama selama 35 minit lagi api atas bawah k.DONE:)




2 comments:

Cik Laure Weng said...

rindu nk makan macaroni cheese.. lapar dh..haha


done follow u... free lepak sini yer

Azyan Nabihah said...

haha..try lh wt..ok..t sy follow awk..tq yeah..:)