Lady Yan: Chicken Pie

Chicken Pie

                                         

HAI HAI..

I'm newbie here.My name is Azyan Nabihah Azmi.but,my mom n kwan rapat always panggil yan.Nama famous amos kt fb n twitter Lady Yan..*Amboi,siap bold gitu..(sila abaikan) hoho..dr zaman myspace oke.blog ny dihasilkan bg berkongsi segala tips,resepi dan lain lain.Nak cte ny,Sabtu lepas me ada wt Chicken Pie (untuk 5 orang)..ha,tgok tjuk..nyum2.first time wt pai ny..ha,jom tengok gambar sekejap.
                                     


Bahan Pastri:
  • 250 g tepung gandum
  • 150 g mentega
  • secubit garam
  • sebiji kuning telur
  • 30 mL air sejuk
Bahan Inti:
  • 1/2 paket ayam cincang/ daging cincang* tp yan guna 4 keping daging burger x kesah brand apa
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 biji lada hijau (dihiris)
  • 1 biji lada merah (dihiris)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu) /sayur campuran
  • kiub ayam* x guna pon
  • cendawan butang * x guna sebab x ada kt uma
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato *Kalau nk tambah dgn tomato puri dlm 2-3 sudu lg sedap(sudu besar)
  • lada hitam/lada sulah secukup rasa (depend kalian nk pedas mana k)
Cara membuat pastri:
  1. Gaulkan tepung,butter,garam sehingga menjadi serbuk roti
  2. Bancuh kuning telur + air sejuk dan masukkan dalam adunan di atas.
  3. Sejukkan dalam ice box selama 30 minit.*sambil itu kalian boleh masak inti
  4. Bahagikan adunan doh tadi kepada 2 bahagian.Canai tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  5. 1 adunan masukkan dalam loyang,biar lebih sedikit dan masukkan inti.
  6. Tutup dengan pastri 1 lagi.
  7. Tekan hujung pastri dengan garfu.
  8. Panaskan oven selama 10 minit,180 degree.
  9. Untuk topping,ambil sebiji kuning telur + sedikit pewarna kuning.Pukul sedikit dan sapu di bahagian atas pastri.
  10. Bakar pai selama 30 minit/sehingga masak dengan suhu yg sama.
  11. Setelah masak,biarkan pai selama 10 minit dalam oven *bg mengelakkan doh turun.
Cara membuat inti:
  1. Masukkan sedikit minyak + marjerin/ mentega (dalam 2 sudu besar) .
  2. Tumis bawang besar,bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan kentang, tepung jagung,sos tiram,sos cili,sos tomato dan lada hitam/lada sulah.
  4. Akhir sekali,masukkan daging.Masak dengan api sederhana sehingga daging masak dan kentang empuk. *dalam 15 minit

No comments: