Lady Yan: First Day of Puasa

First Day of Puasa

                                               

Salam Ramadhan semua.Maaf dh lme x update blog.Busy ckit dgn kerja.(cari wet untuk degree) ^^
Ariny,sy nk share resepi Nasi Bukhari Kambing dan Puding Berkuah Kastard.Baru jek wt ny semalam.sbb uw berani nk share ariny.tengok gambar dulu k:)tadaaa. .
                                               

Nasi Bukhari (5 ORANG)

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu cair
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • daun pandan 2-3 helai *disimpul
  • garam *secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah *dimayang
  • 5 ulas bawang putih *dimayang
  • 2 cm halia *dimayang
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • 2 sudu besar ketumbar *diblend
  • 2 sudu besar jintan manis *diblend
  • 2 sudu besar jintan putih *diblend
  • 3 pot beras Basmathi
  • 4 cawan air rebusan kambing
  • Kambing (agak-agak nk bape banyak k)
  • Rempah kari
  • 2 biji buah tomato *dipotong dadu
  • Rempah kurma


Cara-cara:
  1. Mula-mula rebus daging kambing guna pressure cooker jek k..*senang daging nak empuk
  2. Selepas itu,gaul kan daging kambing dengan garam,kunyit dan rempah kari.Biarkan sekejap.
  3. Panaskan kuali.Masukkan minyak sedikit+ minyak sapi.
  4. Kemudian,masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.Masak hingga naik bau k.
  5. Masukkan bahan yang diblend tadi.Setelah naik bau,bolehlah masukkan daging kambing yang telah diperap tadi.
  6. Setelah 5 minit,masukkan beras,susu cair,air rebusan daging kambing dan bahan yang telah dimasak di atas (Step 5) ke dalam rice cooker.
  7. Setelah masak,taburkan daun ketumbar di atas nasi.Boleh juga dihidangkan bersama kari ayam.Done!



Puding berkuah kastard (5-6 ORANG) :

Bahan-bahan kastard:
  • 1 cawan tepung kastard
  • secubit garam
  • 5 cawan air
  • 1 sudu besar susu pekat
Cara-cara:
  1. Mula-mula,satukan tepung kastard+air.
  2. Hidupkan api,kemudian masukkan garam dan susu pekat.Kacau sehingga berkilat.*HENDAKLAH SENTIASA KACAU BAGI MENGELAKKAN TEPUNG  BERKETUL-KETUL.( Berkilat macam gambar kt atas uw).Done!


Bahan kuah kastard:
  • 1 tin susu cair
  • 2 senduk setengah gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard (larutkan dalam air)
  • 2 cawan air
  • Buah-buahan dalam tin *alah,orang panggil cocktail eh?ha,,yg itu lah:)


Cara-cara:


  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk kemudian,kacau di atas api.*Dah pekat uw,maknanya dh masak.tp,jgn pekat sangat k.
  2. DAH SIAP.Bolehlah dihidang dengan puding kastard tadi+ buah cocktail uw.:)





No comments: