Lady Yan: Famous Amos Choc Chip Cookies

Famous Amos Choc Chip Cookies

                                           


Apa khabar semua?Maaf lama menyepi..al-maklumlah minggu depan nak raya,so tolong kemas2 uma ckit,wt kuih,prepare apa yg patut untuk masuk U bagai..JPA lah,PTPTN lah,medical check up bagai..alhamdulillah,kebanyakannya dh settle..:) X silap minggu lepas sy ada upload yg sy wt kuih ny,yg diberi nama,,ha tgok TAJUK atas,Famous Amos Choc Chip Cookies..oleh kerana ramai yg nk resepi,so ariny yan nk kongsi resepi n cara-cara membuatnya ok..Sedia semua,siapkan pen untuk mencatat ye kawan-kawan..*AYAT MCM SKEMA JAWAPAN ^^ Jom tengok gambar jap..:P





Bahan-bahan:   (118 Biji)

  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu segar  *Sy x guna,sy ganti dengan susu cair
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sk krim tartar
  • 1 sk baking soda
  • 2 cawan walnut cincang
  • 3 cawan coklat chip
  • 1 sk esen vanila
  • 2 1/2 cawan oat yang dimesin halus



Cara-cara:

  1. Pukul mentega sehingga kembang dengan kelajuan sederhana,kemudian masukkan gula.Pukul lagi sehingga ringan dan kembang.
  2. Masukkan pula minyak,telur,susu dan esen vanila..Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung,garam dan baking soda.Pukul hingga adunan sebati kemudian matikan  mixer.
  4. Masukkan pula walnut dan choc. chip.Kaupkan menggunakan spatula supaya sebati dan tidak hancur.
  5. Rehatkan adunan di dalam fridge selam 30 minit. (Adunan memang lembik)
  6. Sudukan adunan menggunakan 1 sudu kecil,buat bentuk bulat,kemudian leperkan sedikit  dan jarak-jarak atas dulang.*Cookies ini akan mengembang bila masak nanti.Dulang tidak perlu digris.*Buat lawa-lawa ye.Kalau wt x lawa,hasilnya pon x lawa dan sebaliknya.
  7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170 C atau sehingga keperang-perangan.
  8. Setelah siap,angkat dan sejukkan kemudian baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.DONE.
SELAMAT MENCUBA!



No comments: