Nyum nyum,.sedap..rangup di dalam plus jem uw,,perghhh,cer try..:) |
Bahan-bahan:
- 250 g mentega
- 110 g gula aising * diayak
- 2 sudu kecil esen vanila
- 200 g tepung red rose * Sy guna 200 g tepung gandum +1 sk tepung jagung
- 100 g cornflakes dikisar halus
- 4 sb susu sejat ideal
- Hiasan: Cawan kertas dan sebarang perisa jem
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan kembang.
- Masukkan tepung dan kaup balik selang-seli dengan susu sejat.Gaul sebati.
- Rehatkan adunan 30 minit dlm fridge.Keluar dan uli hingga lembut.
- Masukkan dalam piping bag dan picit guna nozzle gerigi dari tepi ke tengah cawan kertas.
- Buat sedikit lubang di tengah dan letakkan inti jem.
- Bakar 180 C selama 25-30 minit atau sehingga keperangan.
SEMOGA BERJAYA!
No comments:
Post a Comment