Lady Yan: August 2012

Kuih Buah Rotan a.k.a Kuih Mengantuk

                                           


Ehem-ehem..Rajin betol sy ariny,1 ari update sampai 3 resepi. .hehe..xpelah.SHARING IS CARING..:)
Tengok tajuk atas,Kuih Buah Rotan a.k.a Kuih Mengantuk ,amboi yan suka-suka bagi nama..kang ada yang marah..bukan apa,sekadar gurauan..Untuk pengetahuan korang,kuih ny lah paling senang nk wt,main campak-campak jek dalam bijan tapi kuih ny jugak lah boleh buatkan kalian tertidur..That's why lah sy bg nama kuih ny,Kuih Mengantuk (Bukan Nama SEBENAR).ny ha gambar nya,tengok bawah k..:)

Bulat-bulat kecil,rangup di dalam ^^




Bahan-bahan:

  • Tepung pulut 500g
  • Gula pasir 200 g *dikisar halus
  • Telur Gred C 6 biji
  • secubit garam
  • 1 sk kapur makan
  • 4 sb pati santan
  • sedikit marjerin
  • bijan secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:


  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung.Gaul sehingga sebati.Jangan terlalu lama pukul,nanti tepung mati or x naik.
  3. Matikan mixer dan masukkan kapur makan,pati santan dan garam.Gaul hingga sebati. *Jika adunan keras,letak sedikit marjerin.
  4. Uli adunan mengunakan tangan sehingga lembut.Sediakan 1 dulang berisi bijan dan penapis.
  5. Bentukkan bulat-bulat kecil sebesar telur cicak * jangan besar sangat n jangan kecik sgt,sbb ketika menggoreng nanti,ia akan mengembang.
  6. Kemudian,campakkan ke dalam dulang berisi bijan tadi dan tapis. *Jangan campak dekat-dekat,nanti tepung akan melekat, juga,bulat-bulat kecil td perlu ditapis cepat bagi mengelakkan adunan melekat dan bijan x melekat pd tepung.
  7. Panaskan minyak.Dengan api sederhana,masukkan buah rotan td. * Sentiasa kacau dan terbalik supaya ia masak sekata,bukan hanya masak di luar,tp masak di dalam juga.DONE!

GOOD LUCK!

Twist Tart Cookies with Strawberry Jem

                                           

Nyum nyum,.sedap..rangup di dalam plus jem uw,,perghhh,cer try..:)

Bahan-bahan:

  • 250 g mentega
  • 110 g gula aising * diayak
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 200 g tepung red rose * Sy guna 200 g tepung gandum +1 sk tepung jagung
  • 100 g cornflakes dikisar halus
  • 4 sb susu sejat ideal
  • Hiasan: Cawan kertas dan sebarang perisa jem


Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan kembang.
  2. Masukkan tepung dan kaup balik selang-seli dengan susu sejat.Gaul sebati.
  3. Rehatkan adunan 30 minit dlm fridge.Keluar dan uli hingga lembut.
  4. Masukkan dalam piping bag dan picit guna nozzle gerigi dari tepi ke tengah cawan kertas.
  5. Buat sedikit lubang di tengah dan letakkan inti jem.
  6. Bakar 180 C selama 25-30 minit atau sehingga keperangan.
SEMOGA BERJAYA!




Famous Amos Choc Chip Cookies

                                           


Apa khabar semua?Maaf lama menyepi..al-maklumlah minggu depan nak raya,so tolong kemas2 uma ckit,wt kuih,prepare apa yg patut untuk masuk U bagai..JPA lah,PTPTN lah,medical check up bagai..alhamdulillah,kebanyakannya dh settle..:) X silap minggu lepas sy ada upload yg sy wt kuih ny,yg diberi nama,,ha tgok TAJUK atas,Famous Amos Choc Chip Cookies..oleh kerana ramai yg nk resepi,so ariny yan nk kongsi resepi n cara-cara membuatnya ok..Sedia semua,siapkan pen untuk mencatat ye kawan-kawan..*AYAT MCM SKEMA JAWAPAN ^^ Jom tengok gambar jap..:P





Bahan-bahan:   (118 Biji)

  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu segar  *Sy x guna,sy ganti dengan susu cair
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sk krim tartar
  • 1 sk baking soda
  • 2 cawan walnut cincang
  • 3 cawan coklat chip
  • 1 sk esen vanila
  • 2 1/2 cawan oat yang dimesin halus



Cara-cara:

  1. Pukul mentega sehingga kembang dengan kelajuan sederhana,kemudian masukkan gula.Pukul lagi sehingga ringan dan kembang.
  2. Masukkan pula minyak,telur,susu dan esen vanila..Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung,garam dan baking soda.Pukul hingga adunan sebati kemudian matikan  mixer.
  4. Masukkan pula walnut dan choc. chip.Kaupkan menggunakan spatula supaya sebati dan tidak hancur.
  5. Rehatkan adunan di dalam fridge selam 30 minit. (Adunan memang lembik)
  6. Sudukan adunan menggunakan 1 sudu kecil,buat bentuk bulat,kemudian leperkan sedikit  dan jarak-jarak atas dulang.*Cookies ini akan mengembang bila masak nanti.Dulang tidak perlu digris.*Buat lawa-lawa ye.Kalau wt x lawa,hasilnya pon x lawa dan sebaliknya.
  7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170 C atau sehingga keperang-perangan.
  8. Setelah siap,angkat dan sejukkan kemudian baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.DONE.
SELAMAT MENCUBA!