Hye HYe HYE..
Maaf dah 2 hari x update.busy ckit.haha.busy buat apa pon xtw..:)
Ok,ariny yan nak update resepi LASAGNA yg yan buat untuk dinner yan tadi.TOTALLY HOME MADE.sbb yan cari juga instant lasagna but xde jual kt Giant tmpat yan.
Serius sedap.x percaya,cubalah..:) |
- Rebus kulit lasagna dengan sedikt minyak untuk 3-4 minit dan tapiskan.
BAHAN KULIT LASAGNA *Jika instant lasagna tiada
- Tepung gandum 2 cawan
- Telur 2 biji
- Garam
- 3 sudu besar minyak
- Air
CARA-CARA:
- Campurkan kesemua bahan.Sekiranya masih melekit ditangan ketika diuli,tambah tepung sedikit demi sedikit.
- Tutup dan biarkan adunan selama 45 minit.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Dengan menggunakan penggelek,gelekkan adunan sehingga nipis.
Ha,ny dia penggelek ye kawan-kawan:) |
5.Dengan menggunakan pisau,potong adunan tadi kepada bentuk empat segi.
6.Rebus adunan tadi+sedikit minyak untuk 3-4 minit dan tapiskan.
BAHAN LAIN:
- Untuk topping:mozarella cheese dan parmesan cheese. *Tapi,yan nk jimat,yan guna cheese dale jek then gunting halus2 kemudian tabur.Murah saja.1 paket ada 12 keping.Jimat. :)
BAHAN UNTUK INTI DAGING:
- 1 biji bawang besar *dicincang
- 7 ulas bawang putih *dicincang
- 1 tin cendawan butang dicincang *Yan x guna pon
- 400g daging cincang
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 biji tomato diblend
- Sedikit garam
- Air
- Serbuk oregano
- Serbuk black pepper
- Tumis bawang hingga naik bau.
- Masukkan serbuk oregano dan balck pepper.
- Masukkan daging cincang.Biarkan sehingga masak.
- Masukkan tomato,sos tomato dan sos cili.
- Masukkan air sedikit dan garam.
- Gaul sebati.Biarkan sehingga kering sedikit.
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH: *Guna api yang sangat kecil
- 2 sudu besar butter
- 3 sudu besar tepung gandum
- Keju cheddar setengah
- Fresh milk 500 mL
- Garam
CARA-CARA:
- Cairkan butter.
- Masukkan susu.
- Bila susu dah panas,masukkan pula tepung.Kacau rata supaya tidak berketul-ketul.
- Masukkan keju cheddar dan garam.
CARA MENYUSUN:
- Boleh guna loyan @ bekas tahan panas,pada lapisan bawah,letak inti daging ya kawan-kawan.
- Kemudian,letak kulit lasagna.
- Selepas itu,inti daging lagi.
- Tabur dengan cheese pula.
- Ulang semula dengan kulit lasagna,inti daging dan tabur cheese sampai habis.
- Bakar pada suhu 180 degree,selama 30-40 minit pada api atas-bawah.DONE !
3 comments:
sedapnyee
sedap nye nampak.takut pulak nk try takut xjd..singgah n follow sini
iyka:try lh.in shaa allah jd.done dear:)
nadia:)
Post a Comment